Monday, June 11, 2007

Trailing Stops: Bagaimana Memperolehi Profit Maksimum?

Oleh: Mogiumtusin @ Clarence Cly, Keningau, Sabah.

www.myforexside,com, www.mogiumtusinfx.blogspot.com

Terdapat bermacam-macam cara dalam menentukan profits ke atas market yang di’open’ dalam forex. Seseorang trader yang memahami pengurusan kewangan (Money Management) dalam forex wajib meletakkan ‘take profits’ dan ‘stop lose’nya. Trailing stops merupakan salah satu cara dalam memaksimumkan ‘take profits’ dan meminimumkan ‘lose’ dalam berdagang forex. Setiap trader mempunyai caranya sendiri dalam ‘mengurus’ ketiga-tiga cara ini. Mari kita memahaminya satu persatu…(walau pun ini mungkin anda sudah faham…)

a) Take profits (TP) = ialah target atau sasaran keuntungan (pips / $$) yang hendak dicapai. Biasanya 20 pips, 30pips 40pips atau 100pips

b) Stop lose (SL) = ialah jumlah pips ($$) yang sanggup anda rugi, biasanya -30pips atau -40pips. Kebanyakan trader profesional dan berpengalaman meletakkan SL demi menjaga berlaku perubahan market yang meruncing.

c) Trailing stops (TS) = adalah salah satu cara untuk mensasarkan stop lose (SL) apabila kita sudah dalam profits. Misalnya: Buy EURUSD 1.3400, SL 1.3370, TP 1.3500, TS = 30pips. Apabila harga semasa sudah mencapai 1.3450, maka secara automatik SL sudah berubah ke 1.3420. Ini bermakna, kalau berlaku perubahan market (misalnya downtrend), kita masih untung +20pips.

Rajah 1: berikut menjelaskan penggunaan Trailing stops ini.



Bagaimana memaksimumkan profit menggunakan cara ini?

Setiap trader forex mempunyai cara-cara tertentu dalam berdagang atau berurus-niaga dengan forex. Dalam memaksimumkan trading forex, saya menggunakan setup “Mogiumtusinfx Strategy” (boleh baca dalam blog saya: www.mogiumtusinfx.blogspot.com). Cara praktikal saya mudah. Setiap kali saya open posisi (open market – buy atau sell), saya meng’open’ dua posisi yang sama nilainya. Misalnya open market BUY dua (2) Posisi. Contohnya;


Digalakkan dalam TF 1H, TF4H dan 1D:

Open 2 BUY: a) BUY 1.3240, TP (30-40 pips), SL -30pips, TS= 30pips

b) BUY 1.3240, TP (100 pips), SL -30pips, TS= 30 pips

Tujuan kita membuka 2 posisi market supaya kita dapat memaksimumkan profit dari trending market. Dalam contoh ini, sekiranya market sudah mencecah 1.3280, maka TP (+40pips) dalam posisi Buy (a) telahpun diperolehi. Seandainya market terus mencecah ke paras 1.3335, tetapi tiba-tiba menjunam terus ke 1.3195 (kerana pengaruh FA); maka TS tadi telah membawa profits kita ke SL di 1.3305. Ini bermakna posisi Buy (b) tadi memperolehi +65 pips). Apabila digabungkan Buy (a) dan (b), kita masih memperolehi +105 pips!

Perlu diingati kepada rakan-rakan newbies trader, kebanyakan profesional trader meletakkan TP, SL dan TS. Pengurusan kewangan atau MM sangat penting dalam penggunaan cara ini. Kadang-kadang SL itu amat menyakitkan hati apabila ia ‘ter-close’, tetapi dalam kebanyakan trading dilakukan, kita masih lagi untung. Apa yang penting adalah analisa kita mestilah berupaya mengikut trend 80% dan ke atas…itulah perlunya membaca banyak maklumat FA dan mempelajari TA dalam forex…



Lihat contoh Rajah 2 di atas:

Terdapat dua (2) posisi SELL dilakukan, iaitu;

a) Sell 1.3490, TP 1.3450 (+40 pips), SL 1.3530 ( -40pips), TS=40pips

b) Sell 1.3490, TP 1.3370 (+120 pips), SL 1.3530 ( -40pips), TS=40pips

Kedua-dua TP bagi kedua-dua posisi SELL ini telah tercapai. Maka profit yang diperolehi ialah 160 pips. Sekiranya satu pip = U$D 2.00; profit = U$D 320.00! Ia sama dengan RM 1050.00, dalam 2 hari beb!! Mari memotivasikan diri untuk study forex ni…layarilah www.myforexside.com untuk keterangan lanjut…