Tuesday, June 19, 2007

MogiumtusinFX Strategy v.1.1

Oleh: Mogiumtusin @ Clarence Cly, Keningau, Sabah
www.myforexside.com, www.mogiumtusinfx.blogspot.com, 2007

MogiumtusinFX Strategy versi ini merupakan lanjutan daripada versi asal. Hanya terdapat sedikit penambahbaikkan kepada teknik saya supaya ia lebih meyakinkan. Versi 1.1 ini juga lebih kepada time frame 1 hour & 4 hours (separa swing trading). Bagi timeframe 15 minit & 30 minit kurang digalakkan walaupun sesetengah pairs ia sesuai. Bagi saya sebagai pereka sistem ini (cehhh..), ia paling profitable di pairs hampir semua matawang utama pada TF4H dan di EURUSD, USDJPY dan GBPUSD bagi TF1H. Tahap accruancynya ialah lebih kurang 82% (mengikut trading demo saya).

Dalam versi ini, terdapat beberapa indikator yang saya ubah dan tambah dari versi asal. Antara yang diubahsuai ialah MA50, EMA24, EMA5, B_Bands dan Parabolic SAR. Saya juga menambah beberapa indikator seperti RSI. Indikator-indikator mogiumtusinFX v1.1 (a, b, c dan d) hanyalah tambahan-tambahan saya (yang saya edit dari forex-TSD.com) untuk mengukur trend. Senarai indikator dan setupnya ialah;

Rajah 1: Cara trading MogiumtusinFX_v1.1

Main Windows:
1. Moving avarage (MA) 50 – setkan warna Kuning
2. EMA 24 (close) – setkan warna Merah
3. EMA 5 (close) – setkan warna Hijau
4. B_Bands (12, 0, 2.0) – setkan warna Putih
5. Parabolic SAR (0.03, 0.10)
6. MogiumtusinFX v1.1 (tak perlu pun boleh – hanya utk peribadi)

Windows 1:
1. MACD (12, 26, 9) – line tengah warna Merah
2. STOCH (20, 5, 4) – seting warna sama seperti asal
3. RSI (21) – warna Putih

Cara trading dilakukan;
BUY (LONG):
Pastikan aspek-aspek ini telah berlaku;
  1. Berlaku persilangan ‘tajam’ mengarah ke atas bagi MA, EMA dan BB
  2. EMA5 (hijau) berada di atas B-Band (Putih) dan EMA 24 (Merah). Signal buy akan lebih kuat sekiranya MA50 (Kuning) berada di bawah kesemua EMA5, EMA24 dan BB.
  3. Signal MogiumtusinFX v1.1c (dot biru) dan MogiumtusinFX v1.1d (anak panah biru –ke atas) sudah menunjukkan signal buy.
  4. Confirkan dengan Parabolic SAR yang sedang / masih menunjukkan Bullish
  5. Kedudukan MACD pula telah berlaku persilangan atau perubahan trend kepada bullish.
  6. Stochastic dalam persilangan Bullish (bersilang ke atas)
  7. RSI atas 50
  8. Perhatikan juga bentuk-bentuk candlesticks yang terbentuk.
  9. Lakukan BUY (LONG) sekiranya anda betul-betul yakin dengan market.

SELL (SHORT):
Pastikan aspek-aspek ini telah berlaku;

  1. Berlaku persilangan ‘tajam’ mengarah ke bawah bagi MA, EMA dan BB
  2. EMA 24 (Merah) berada di atas B-Band (Putih) dan EMA5 (Hijau). Sekiranya MA 50 (Kuning) melakukan persilangan dan berada di atas kesemua EMA 24, BB dan EMA 5, ini menunjukkan Bearish kuat – bermakna signal SHORT kuat.
  3. Signal MogiumtusinFX v1.1c (dot merah) dan MogiumtusinFX v1.1d (anak panah merah –ke bawah) sudah menunjukkan signal SELL.
  4. Confirkan dengan Parabolic SAR yang sedang / masih menunjukkan Bearish
  5. Kedudukan MACD pula telah berlaku persilangan atau perubahan trend kepada bearish.
  6. Stochastic dalam persilangan Bearish (bersilang ke bawah)
  7. RSI bawah 50
  8. Perhatikan juga bentuk-bentuk candlesticks yang terbentuk.
  9. Lakukan SELL (SHORT) sekiranya anda betul-betul yakin dengan market.

Trading Timeframe 1Hour (telah diuji di GBPUSD dan EURUSD);
- Lakukan dua posisi trading dalam pair yang sama (misalnya Buy1 1.3000 dan Buy2 1.3000)
- TP : +30 pips (posisi 1) dan +100 pips (posisi 2)
-
SL : -30 pips (EURUSD) dan -40 pips (GBPUSD)
-
TS : 30 pips
-
Gunakan 8 – 10 % sahaja dari modal (untuk kedua-dua posisi)

Trading Timeframe 4 Hours (telah diuji di GBPUSD dan EURUSD);
- Lakukan dua posisi trading dalam pair yang sama (misalnya Buy1 1.3000 dan Buy2 1.3000)
-
TP : +30 pips (posisi 1-EU) atau +40 pips (poisi 1-GU) dan +200 pips (posisi 2)
-
SL : -30 pips (EURUSD) dan -40 pips (GBPUSD)
-
TS : 30 pips
-
Gunakan 4 - 6 % sahaja dari modal (untuk kedua-dua posisi)

Rajah 2: MogiumtusinFX v1.1 strategy

Lihat contoh trading Rajah 1 (TF 4H) dan Rajah 2 (TF 1H) di atas.

TRADING A: Contoh Rajah 1: SELL GBPUSD TF 4H (7.Jun.2007 – 8.30pm)
a) Posisi 1 Sell 1.9850, TP: +40pips; SL: -40pips; TS: 30pips
b) Posisi 2 Sell 1.9850, TP: +200pips; SL: -40pips; TS: 30pips
- Posisi 1 TP 2 jam kemudian: Profit +40 pips
- Posisi 2 TP 8.jun.2007 – 4.00pm: Profit +200pips
- SEMUA: 240 pips

TRADING B: Contoh Rajah 2: BUY GBPUSD TF 1H (15.Jun.2007 – 9.30 pm)
a) Posisi 1 Buy 1.9730, TP: +30pips; SL: -40pips; TS: 30pips
b) Posisi 2 Buy 1.9730, TP: +100pips; SL: -40pips; TS: 30pips
- Posisi 1 TP 16 jam kemudian: Profit +30 pips
- Posisi 2 TP 18.Jun.2007 – 3.00pm: Profit +100pips
- SEMUA: 130 pips

Apabila TRADING A + TRADING B = 370 pips. Sekiranya diniagakan 1pips=$2.00, keuntungan diperolehi 370 X U$D 2.00 = U$D740.00, atau RM 2300.00 (U$D1= RM3.1). Itu untuk 7 – 18 Jun 2007 bagi pair GBPUSD. Trading cara ini adalah ‘trading dengan penuh kesabaran’ sebab bukan setiap hari ada peluang memperolehi signal yang sesuai untuk open posisi…

Happy trading…