Sunday, June 10, 2007

MogiumtusinFX v1.0 Strategy II

By: Mogiumtusin @ Cly, Keningau
www.myforexside.com, 2007; www.2icv.com

Bagaimana trading dilakukan?

Soalan bonus! Terdapat 2 cara untuk memperolehi keuntungan dalam forex iaitu BUY (Long) dan SELL (Short). Kedua-dua cara ini dapat diaplikasikan dalam MogiumtusinFX Strategy…heheheh! Sebelum open apa-apa buy atau sell, pastikan anda sudah bersedia dari segi disiplin & emosi, gunakan 5-10 % dari modal / deposit akaun forex anda.

A. BUY: Open market BUY apabila wujud bullish berikut;

i) Perkara 1 (Signal awal): Perhatikan Stochastic. Pastikan garisan ‘main’ HIJAU di ATAS ‘signal’ KUNING. Perhatikan kedua-dua garisan ini bersilang mengarah ke ATAS dari garisan MERAH MACD. Perhatikan garisan MERAH MACD perlu berada di bawah kedua-dua garisan STOCH. Kedudukan garisan dari ATAS adalah Stoch_Hijau Stoch_Kuning MACD_Merah. Kalau sudah berlaku persilangan (crossing line) Stoch dengan MACD dalam kedudukan seperti ini, ia masih lagi berada dalam Signal Buy walaupun telah beberapa candlesticks dilalui.

ii) Perkara 2 (Menganalisa Signal): Perhatikan garisan EMA & garisan tengah B_Bands. Sekiranya berlaku persilangan EMA 5 (BIRU) di atas EMA 18 (HIJAU), dan garisan tengah B_Bands (MERAH) berada di bawah kedua-dua garisan EMA, maka itu adalah signal untuk BUY. Kedudukan garisan dari ATAS adalah EMA 5 EMA 18 B_Bands. Kalau sudah berlaku persilangan (crossing line) EMA dengan B-Bands dalam kedudukan seperti ini, ia masih lagi berada dalam Signal Bullish walaupun telah beberapa candlesticks dilalui.

iii) Ingat! Trend Bullish kuat sekiranya jumlah candlesticks dari Perkara 1 (Persilangan Stoch dengan MACD) dengan Perkara 2 (Persilangan EMA dengan B_Bands) hanya 1, 2 atau 3 candlesticks. Sekiranya jumlah candelsticks sudah melebihi 6 @ 7 candelsticks tetapi belum berlaku persilangan Perkara 2, sila abaikan sebab mungkin berlaku ‘fake-outs signal’. Sila kira secara menual. Jangan tamak, esokkan masih ada.

iv) Perkara 3 (Signal comformation): Parabolic SAR berada dalam trend BULLISH iaitu signal untuk BUY.


B. SELL: Open market SELL apabila wujud Bearish berikut:

i) Perkara 1 (Signal awal): Perhatikan Stochastic. Pastikan garisan ‘signal’ KUNING di ATAS ‘main’ HIJAU. Perhatikan kedua-dua garisan ini bersilang mengarah ke BAWAH dari garisan MERAH MACD. Perhatikan garisan MERAH MACD perlu berada di ATAS kedua-dua garisan STOCH. Kedudukan garisan dari ATAS adalah MACD_Merah Stoch_Kuning Stoch_Hijau. Kalau sudah berlaku persilangan (crossing line) MACD dengan Stoch dalam kedudukan seperti ini, ia masih lagi berada dalam Signal Sell walaupun telah beberapa candlesticks dilalui.

ii) Perkara 2 (Menganalisa Signal): Perhatikan garisan EMA & garisan tengah B_Bands. Sekiranya berlaku persilangan EMA 5 (BIRU) di BAWAH EMA 18 (HIJAU), dan garisan tengah B_Bands (MERAH) berada di ATAS kedua-dua garisan EMA, maka itu adalah signal untuk SELL. Kedudukan garisan dari ATAS adalah B_Bands EMA 18 EMA 5.

iii) Ingat! Trend Bearish kuat sekiranya jumlah candlesticks dari Perkara 1 (Persilangan Stoch dengan MACD) dengan Perkara 2 (Persilangan EMA dengan B_Bands) hanya 1, 2 atau 3 candlesticks. Sekiranya jumlah candelsticks sudah melebihi 6 @ 7 candelsticks tetapi belum berlaku persilangan Perkara 2, sila abaikan sebab mungkin berlaku ‘fake-outs signal’. Sila kira secara menual. Menunggu & menganalisa adalah lebih baik daripada meng’open’ market secara membabi buta!

iv) Perkara 3 (Signal comformation): Parabolic SAR berada dalam trend BEARISH iaitu signal untuk SELL.


Maklumat Tambahan:

a) Apabila sudah open market ‘BUY’ atau ‘SELL’, pastikan anda tetapkan TP & SL. Saya selalu mengambil TP=15 pips, tetapi sekiranya trend market baik, boleh disasarkan TP ke 30-60 pips. SL mengikut kemampuan anda.

b) Anda boleh juga menggunakan strategi ini untuk ‘swing trading’. Misalnya, apabila sudah open BUY semasa TF30 minit, sila perhatikan dalam TF1H & TF4H dalam 1-2 jam kemudian. Sekiranya signal masih lagi berpihak ‘BUY’, teruskan kepada ‘swing trading’, tetapi jangan lupa set-kan ‘Trailing Stop’.

c) Tips 1: Sekiranya market terlalu rancak pada masa itu, pergi ke TF 15 minit, setelah berlaku segala persilangan dan memenuhi segala syarat Perkara 1, Perkara 2 & Perkara 3 di atas, teruskan kepada OPEN Market (sama ada BUY atau SELL, mana-mana yang memenuhi syarat). Jangan terlalu awal Open Market, jangan juga terlalu lewat! INGAT, DISIPLIN & KESABARAN SANGAT PENTING!!!

d) Tips 2: Pastikan dua atau tiga ‘Real Body’ Candlesticks selepas persilangan adalah ‘BESAR’ atau ‘tinggi’. Sekiranya ‘Real Body’ candlesticks kecil atau tiada, itu masih dalam sideways trends.

Important Disclaimer:

Forex Trading memiliki risiko yang tinggi yang mungkin tidak sesuai bagi beberapa orang. Tidak ada sistem yang boleh memberikan 100% tepat, anda pasti boleh rugi. Hasil sebelumnya tidak selalu boleh untuk digunakan memprediksi hasil selanjutnya. Sistem ini telah melalui uji cuba selama berbulan-bulan dan ternyata memang dapat membantu meningkatkan profit saya dan mengurangi risiko loss. Kesabaran, disiplin dan kosenterasi adalah kunci kejayaan dalam trading. Saya tidak bertanggung jawab atas semua risiko kerugian ataupun keuntungan, semua keputusan ada di tangan anda. Semoga berjaya & Have a nice day for trading :)