www.myforexside.com ® 2007
            Terdapat juga yang berminat dan bertanya kepada saya bagaimana cara-cara memulakan perniagaan / pelaburan forex online ini. Forex secara online adalah pelaburan paling mudah diuruskan dan boleh dilakukan di rumah atau mana-mana tempat. Apa yang diperlukan adalah terdapatnya keperluan asas seperti; a) Komputer ataupun Laptop dan b) sambungan internet. Berikut merupakan langkah-langkah untuk memulakan dan berjaya dalam forex;
- Fahami      asas-asas forex. Untuk ini, ambil masa untuk belajar & memahami apa      itu forex, bagaimana forex diniagakan, memahami cara menganalisa forex      seperti analisa teknikal dan fundamental. Terdapat banyak bahan bacaan,      ebook-ebook, dan artikel-artikel tentang ini di internet sekarang yang      boleh diperolehi secara percuma seperti di www.babypips.com dan website saya: www.myforexside.com, juga dalam      blog saya ini www.mogiumtusinfx.blogspot.com.      Anda juga boleh mencari rakan-rakan yang mahir tentang ini dan bersedia      memberi tunjuk ajar kepada anda. Anda juga boleh mengambil kursus berbayar      tentang forex, menghadiri seminar forex dan sebagainya. Mempelajari      kemahiran bertrading forex sebenarnya tidak rugi kerana ia adalah sumber      pelaburan / pendapatan berterusan, tidak ada hentinya selagi wujud sistem      kapitalis dan ekonomi dunia. Ia bukanlah program semusim seperti HYIP, MLM atau      skim cepat kaya yang lain. Ia juga tidak luput walaupun ekonomi dunia      merosot kerana forex boleh memperolehi keuntungan dalam dua cara iaitu      turun ataupun naik sesuatu mata wang. Apabila anda sudah memahami dan      mahir tentang forex, sebenarnya anda sudah ada modal untuk memulakan      pelaburan sendiri seperti yang dilakukan oleh trader di bank-bank, atau      oleh ‘broker-broker’ tempatan.
- Apabila      anda sudah memahami asas-asas forex, seterusnya belajar berurusniaga dalam      DEMO sehingga betul-betul faham cara dan trend market bagi      pasangan-pasangan matawang. Selain itu, bertrading forex secara DEMO akan      memahirkan kita tentang platform broker tersebut selain membiasakan diri      dengan cara urus-niaga dilakukan. Pergerakan mata wang dalam DEMO adalah      sama atau hampir sama dengan pergerakan mata wang sebenar (live trading).      Platform untuk demo boleh didapati di semua broker / penyedia platform secara      percuma seperti www.northfinance.com,      dan  www.interbankfx.com (rujuk prefered      brokers di website saya www.myforexside.com).      Belajar demo sekurang-kurangnya 3 bulan, dan apabila anda betul-betul      mahir, barulah membuka satu akaun sebenar dalam forex.
- Membuka      akaun sebenar forex (live account – free saja). Untuk membuka akaun forex,      haruslah memilih broker yang diyakini, regulated dengan agensi-agensi      forex seperti NFA, FSA, CFTC, SFDF, ASIC dsb. Broker yang dipilih haruslah      menyediakan spread yang sedikit (2 – 3 pips di pairs utama), senang men’deposit      dan mengeluarkan / withdrawl duit, platformnya mudah digunakan      (dicadangkan menggunakan platform yang pernah anda pakai dalam DEMO), dan      sebagainya. Masing-masing broker mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Oleh      sebab itu, sebelum membuka akaun forex di mana-mana broker, pastikan anda      benar-benar memahami broker tersebut terutamanya cara-cara kendalian      seperti komesyen (jika ada), cara memasukkan duit (deposit) dan cara mengeluarkan      keuntungan (withdrawal). Untuk permulaan, cari broker yang menyediakan      mini / mikro akaun. Biasanya terdapat broker yang menyediakan deposit      serendah U$D 1.00, U$D 25.00, U$D100.00, U$D 250.00 dan sebagainya. Sekiranya      sudah untung banyak, barulah boleh mendeposit akaun yang besar. Saya      menggunakan platform Marketiva dan Metatrader 4 di broker www.marketiva.com, www.interbankfx.com, www.northfinance.com dan sedikit      masa lagi akan membuka akaun di www.crownforex.com      (kerana menyediakan spread 1 pips sahaja). Akaun forex utama saya sekarang      ialah di interbankfx.com. 
- Selepas semuanya selasai membuka akaun forex (live), depositkan duit dan mulakan trading forex melalui platformnya. Dalam trading inilah anda menggunakan segala kemahiran semasa demo dahulu, segala teknik-teknik urus niaga forex, signal dan sebagainya. Untuk memahami cara trading / teknik forex yang paling mudah dan profitable, sila baca ‘MogiumtusinFx Strategy’ (www.mogiumtusinfx.blogspot.com), iaitu teknik simple trading forex saya…

Rajah di atas adalah contoh demo saya menggunakan modal $3,000.00 dalam leverage 1:200. Dalam dua hari memperolehi untung sebanyak $714.12 atau 23.8% menjadikan modal dan untung kepada $3,714.12. Sungguh lumayan!
Memahami pertukaran matawang (forex) adalah sangat penting dalam bidang investment ini. Apabila sudah memiliki akaun forex (live), haruslah sentiasa peka tentang perubahan-perubahan market. Intipati terpenting dalam kejayaan forex ialah;
ii)                   mengikuti ‘trend market’ (jangan lawan market)
iii)                  menitikberatkan ‘disiplin’ diri semasa trading (jangan tamak,
     tidak sabar, tergopoh-gapah) kawal disiplin diri.
iv)      sentiasa banyak mempelajari, membaca & memperolehi
   maklumat tentang forex supaya sentiasa ‘up-to-date’.
   Pembelajaran dalam forex adalah berterusan.
v)                    mengkaji dan membuat analisa market – kaji teknik
   trading forex sendiri.
vi)                  membuat catatan peribadi tentang trading
vii)                 memahami psikologi market (trade ‘tanpa perasaan’)
viii)              memiliki pengurusan kewangan akaun forex anda. 
 
 


